F Pak Pie Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pak Pie Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Pelakon dan pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 86, atau lebih dikenali sebagai Pak Pie meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman anak perempuannya di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Berita mengenai kematian Pak Pie disahkan oleh rakan karibnya, Omar M. Hashim atau Omara.

Omara berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Pie daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon pada pukul 9.10 malam tadi.

“Saya pada mulanya dapat tahu mengenai berita ini daripada rakan, tetapi saya tetap hendak kepastian mengenainya lalu telah menghubungi anaknya (Pak Pie) sendiri.

“Anak Pak Pie memberitahu yang ba­panya baru sahaja meninggal dunia 10 minit tadi (malam tadi). Ketika itu jenazah Pak Pie sedang diuruskan oleh anaknya,” kata Omara ketika dihubungi semalam.

Rakan Pak Pie itu menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang sangat baik dan kelakar.
Powered by Blogger.