F Padah padam Palestin dalam peta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Padah padam Palestin dalam peta

Syarikat enjin pencari gergasi, Google menerima kecaman seluruh dunia selepas ia menggantikan nama Palestin pada aplikasi petanya dengan Israel.

Barisan Hadapan Wartawan Palestin (PJF) turut menyelar tindakan terbabit yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menubuhkan negara yang sah bagi generasi akan datang dan pada sama menghapuskan Palestin selama-lamanya.

Menurut jurucakapnya, tindakan itu juga adalah sebagai cubaan untuk memutarbelitkan sejarah dan geografi serta hak penduduk Palestin ke atas tanah air mereka.

Susulan itu, PJF mendesak Google supaya melakukan perubahan semula pada aplikasi peta terbabit memandangkan langkah itu bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa.
Powered by Blogger.