F Olimpik Rio '16 : Kesan Bekam Michael Phelps Curi Tumpuan Dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Olimpik Rio '16 : Kesan Bekam Michael Phelps Curi Tumpuan Dunia

Bukan saja kejayaan beliau memenangi pingat emas dalam kategori 4x100m gaya bebas (freestyle) pada acara renang Sukan Olimpik Rio 2016 yang berlangsung Ahad lalu menjadi tumpuan malah penampilan personaliti sukan berusia 31 tahun ini pada temasya berprestij itu turut menjadi bualan hangat peminat sukan seluruh dunia.

Apa yang menjadi tarikan kerana badan atlet berasal dari Amerika Syarikat (USA) ini dilihat mempunyai beberapa tompok bulat berwarna ungu terutama di bahagian bahu kanan dan bahagia belakangnya.

Lantas timbul pelbagai spekulasi sekaligus mendakwa barangkali itu ada tanda tatu baru figura tersebut.

Menerus laman sosail Twitter, ramai peminat memberi komen dan tertanya-tanya apa apakah sebenarnya tompok ungu yang terdapat di badan perenang itu. Malah ada yang menyuarakan kebimbangan mendakwa tompok itu adalah kesan virus Zika.

Bagaimanapun menurut laporan media antarabangsa, Phelps sebenarnya melakukan rawatan bekam sebelum beraksi pada kejohanan tersebut. Difahamkan Phelps sudah lama menjalani rawatan bekam dan menjadi antara rutin rawatan intensif beliau selama ini.

Lantaran ramai pihak mendakwa rawatan bekam tersebut secara tidak langsung menyumbang pada kejayaan beliau pada sukan Olimpik ke limanya kali ini.

Sementara itu, menerusi kemenangan acara pertamanya di Rio, Phelps menambah koleksi pingat emasnya yang ke-19. Setakat ini, secara keseluruhan beliau telah memenangi sebanyak 23 pingat termasuklah 2 pingat perak dan 2 gangsa sepanjang penglibatannya dalam sukan Olimpik.

Phelps yang juga kini tunangan kepada Ratu Cantik California 2010, Nichole Johnson, bakal beraksi dalam acara seterusnya hari ini iaitu kategori kuak kupu-kupu 200m. Manakala beliau juga dijadualkan beraksi bagi kategori gaya bebas 4x200m berkumpulan pada Selasa.

Powered by Blogger.