F Ola Bola Dominasi 14 Pencalonan FFM28 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ola Bola Dominasi 14 Pencalonan FFM28

Filem bertemakan sukan, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan memonopoli 14 daripada 27 kategori yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang dijadualkan berlangsung pada 1 dan 3 September ini.

Antara kategori utama yang berjaya dibolosi produksi Ola Bola ialah Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia Terbaik, Pengarah Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik.

Memberi saingan terhadap filem tersebut adalah karya yang diterbitkan di bawah bumbung sama, Astro Shaw Sdn. Bhd. iaitu Polis Evo lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Polis Evo mendapat 10 pencalonan termasuk menyaksikan kedua-dua aktor utamanya dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik serta Pengarah dan Filem Terbaik.

Sementara itu, filem lain yang turut memberi saingan sengit ialah Jagat, Munafik dan The Kid From The Big Apple dengan sembilan kategori; Mat Moto - Bukan Mat Rempit (lapan) serta Rembat dan Suamiku Encik Perfect 10 (lima).

Majlis perasmian FFM28 yang melaungkan slogan Transformasi Sinema Kita akan diadakan di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang pada 1 September, manakala malam kemuncaknya pula pada 3 September di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Powered by Blogger.