F 'Now You See Me 2' Berbaloi Ditonton | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Now You See Me 2' Berbaloi Ditonton

FILEM Now You See Me 2 sememangnya menjadi filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat selepas kejayaan filem pertamanya Now You See Me yang ditayangkan pada tahun 2013.

Cerita yang mengisahkan tentang empat ahli silap mata sedang bergelut untuk menjadi salah satu ahli dalam kumpulan yang digelar sebagai 'Four Horsemen' oleh seorang ejen FBI iaitu Dylan Rhodes (Mark Ruffalo).

Now You See Me 2 pula mengisahkan tentang kehidupan Dylan yang ingin mencari jawapan kepada kematian bapanya iaitu Lionel Shrike yang mati ketika melakukan pertunjukkan silap mata di sebatang sungai.

Dalam masa yang sama Dylan juga berjaya mencari penyelesaian mengenai misteri selama 30 tahun apabila dia berjaya menyelesaikan satu lagi kes kecurian iaitu anak Arthir Tresller (Walter) yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe.

Walter yang merupakan anak kepada Arthur (Michael Caine) telah memalsukan kematiannya untuk menguruskan harta dan bisnes bapanya itu.

Tetapi Dylan dan Four Hoursemen yang terdiri daripada Atlas (Jesse Eisenberg), Lula (Lizzy Caplan), Jack Wilder (Dave Franco) dan Merritt McKinney (Woody Harrelson) telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi penulis, filem Now You See Me 2 ini merupakan filem yang wajar untuk ditonton kerana ia mempamirkan pelbagai aksi menarik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka (Dylan dan Four Hoursemen).

Konflik yang ditonjolkan dalam filem ini amat menarik kerana jalan penceritaan yang disampaikan begitu mudah untuk difahami oleh para penonton.

Penceritaan plot Now You See Me 2 pada kali ini agak menarik kerana terdapat satu lagi golongan ahli silap mata yang membuatkan mereka tertanya-tanya terutama Dylan dan Four Hoursemen.

Bagi pendapat penulis, olahan yang ditunjukkan dalam filem ini amat baik kerana pelbagai aksi yang ditunjukkan amat menarik dalam menyelesaikan sesebuah misi.

Dalam merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh Four Hoursemen , terdapat juga unsur suspen dalam filem ini yang membuatkan para penonton menantikan kesudahan mereka dalam merealisasikan misi.

Justeru, filem ini mampu untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada peminat-peminat yang mengemari filem aksi.

Now You See Me 2 dibarisi oleh bariskan pelakon seperti Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Woody Harrelson, Daniel Radcliffe, Jay Chou, Lizzy Caplan, Dave Franco dan Michael Caine.


Powered by Blogger.