F Nazim Othman & Bella Dally nikah September ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nazim Othman & Bella Dally nikah September ini


Sebelum ini pelakon tampan Nazim Othman ada menyatakan bahawa dia tidak mahu perihal perkahwinan mereka disensasikan.  Berkenaan tarikh pernikahan, bakal dimaklumkan menerusi laman sosialnya dalam masa terdekat.



Bagaimanapun, memetik laporan melalui portal hiburan berlainan, pasangan Nazim dan Bella Dally dikatakan akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 September depan di Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis resepsi persandingan akan berlangsung pada hari yang sama. Manakala, majlis bagi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 17 September di Johor Bahru.


Sementara itu, Kakigosip difahamkan lagi, Nazim juga sedang mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada sanak dan saudara serta kenalannya.

Untuk rekod, Nazim dan Bella telah mengikat tali pertunangan mereka pada November lalu.

Andai benarlah tarikh itu, Kakigosip ucapkan semoga segala perancangan dan majlis berjalan dengan lancar.
Powered by Blogger.