F Namewee Perlu Dihukum! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Namewee Perlu Dihukum!

Pengarah kontroversi, Namewee ataupun nama sebenarnya Wee Meng Chee perlu dikenakan tindakan keras atas kebiadabannya menghina Islam.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim berkata, pihaknya cukup kesal dengan tindakan pengarah filem itu, yang sengaja mengulangi kesalahan menghina serta merendah-rendahkan agama dan negara.

Katanya, Namewee pernah menghina negara dengan lagu 'Negarakuku' dan menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, seterusnya filem Hantu Gangster yang ditapis 17 babak kerana keterlaluan.

"Dalam filem 'The New Village' pula, pengarah ini dilihat mahu menonjolkan parti komunis sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan ramai sedia maklum mengenai kejahatan dan kezaliman komunis sepanjang era tersebut.

"Walaupun dikhabarkan Namewee sekarang berada di luar negara, tapi tindakan keras perlu diambil agar keharmonian beragama dan kehidupan masyarakat majmuk akan terus dipelihara,” katanya

Tambah Nazman, jika tindakan tegas tidak diambil, gejala negatif itu akan merebak seperti Alvin Tan dan Vivian Lee yang turut hina Islam dan Malaysia.

Katanya, dalam video klip terbaharu bertajuk 'Oh My God', jelas menunjukkan penyanyi itu menghina agama Islam, nama Allah, tanah suci Makkah, termasuk berjoget dan menyanyi dalam Masjid Terapung Tanjung Bungah di Pulau Pinang.
Powered by Blogger.