F Nama Kelentit Rindu Terpaksa Ditukar Selepas Diserbu DBKL | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nama Kelentit Rindu Terpaksa Ditukar Selepas Diserbu DBKL

Kedai shisha milik pelakon dan model Ahya Rosli, 29, diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu yang digunakannya.

Memetik laporan mStar online, Ahya berkata, perkara itu juga membuatkan ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," katanya.

Bagaimanapun, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

Terdahulu media melaporkan, nama asal kedainya itu mencetuskan kontroversi kerana dianggap lucah namun Ahya menjelaskan dia memilih untuk menggunakan nama tersebut selepas merujuk kepada maksud nama berkenaan iaitu sejenis bunga.
Powered by Blogger.