F Nadiya Nisaa kini sedang berehat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadiya Nisaa kini sedang berehat

Berhubung dengan situasi sedih yang berlaku terhadap pelakon Nadiya Nisaa, Kakigosip menerima kenyataan rasmi daripada pihak keluarga Nadiya Nisaa.

Kenyataan tersebut yang diemelkan adalah seperti berikut:

"Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapa pun dan merupakan ketentuan Allah SWT.  Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan kini sedang berehat .

"Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan menghormati privasi beliau sekeluarga buat masa sekarang kerana sebarang berita yg diterbitkan berkenaan apa yang telah berlaku pasti akan mengguris hati beliau. Beliau meminta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.  Terima kasih," ujar wakil Nadiya serba ringkas.
Powered by Blogger.