F Nadira teruja bakal berduet dengan Amy Search | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadira teruja bakal berduet dengan Amy Search

Tidak tergambar betapa terujanya pendatang baru yang dikenali sebagai Tengku Nadira Adnan (Nadira), apabila bakal berduet dengan penyanyi 'living legend', Amy Search, di Istana Budaya bermula 19 dan 20 Ogos depan.

Pelantun lagu Isi Hati itu berkata, konsert yang bakal diadakan pada pertengahan bulan kemerdekaan ini merupakan konsert sulungnya di Malaysia.

"Sejak dulu lagi saya memang mengikuti perkembangan karier Amy (Search) malah saya juga selalu mendengar beberapa lagunya. Antara lagu Amy yang menjadi kesukaan saya ialah Isabella.

"Pada konsert akan datang nanti jumlah keseluruhan lagu termasuk duet akan saya nyanyikan sebanyak 14 buah lagu," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Cinta di Diamond Lounge, Pavilion.


Sementara itu, antara barisan artis yang turut diundang seperti, Joe Flizzow, Yuna, Noh Hujan, dan Al-Ghazali.

"Sebenarnya untuk mendapatkan artis seperti Joe Flizzow, Yuna, Noh dan tidaklah begitu mudah, namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Antara sebab kenapa saya memilih mereka, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikkan tersendiri dalam bidang muzik," jelas Nadira yang mengagumi bakat-bakat senior mereka.

Untuk info, Nadira merupakan artis baru berasal dari Malaysia, pun begitu namanya lebih popular di negara jiran, Jakarta, Indonesia.
Powered by Blogger.