F Nabil & Sherry Galas Tanggungjawab Sebagai Hos FFM28 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nabil & Sherry Galas Tanggungjawab Sebagai Hos FFM28

Kira-kira dua minggu lagi bakal berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28). Malam kemuncak FFM28 yang akan diadakan Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menampilkan gandingan Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara.

Sementara Sharifah Shahora dan Wan Syarul pula akan bertindak selaku pengacara pada malam perasmian, 1 September 2016 di Studio Soundstage, FINAS, Hulu Klang. Sepuluh anugerah awal akan turut disampaikan pada malam tersebut.

Pada malam kemuncak 3 September 2016, di antara karyawan industri yang akan menyampaikan anugerah ialah Fauziah Dato' Ahmad Daud, Tam Suhaimi, Khir Rahman, Aziz M. Osman, Dr. Mahadi J. Murat, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid, Shaheizy Sam, Maya Karin, Ghaz Abu Bakar dan beberap lagi.

Malam kemuncak akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya Back to Basixx, Ernie Zakri, Dewi Liana Seriestha, Lan Typewriter, Aizat Amdan & Tomok, Maman Teacher's Pet, Man Bai, Bunkface, Dayang Nur Faizah dan Jaclyn Victor.

Seperti tahun lepas, pemenang FFM tidak lagi menerima ganjaran bentuk wang tunai sebaliknya penghargaannya dijelmakan melalui rekaan trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM28 akan disiarkan secara secara langsung menerusi saluran Astro Rio HD pada pukul 9 malam.
Powered by Blogger.