F Merepek Sangat Gosip Itu - Nabila Huda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Merepek Sangat Gosip Itu - Nabila Huda

Aktres Nabila Huda, 32, menyifatkan laporan di ruangan pojok sebuah akhbar kononnya perkahwinannya dilanda badai sebagai gosip mengarut dan tidak masuk akal.

Memetik laporan BH online, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi bagaimanapun berkata, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.

"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu?

"Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan," katanya.

Semalam, sebuah akhbar mingguan tempatan menerusi ruangan pojoknya melaporkan rumah tangga aktres itu dikatakan sedang berantakan.

Sementara itu, berdasarkan laman sosial milikmua, foto mahupun kapsyen dimuat naik langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perkahwinannya dilanda masalah.

Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.

Nabila mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 6, hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Powered by Blogger.