F Menyanyi di Majlis Kahwin, Robbie Williams Dibayar RM8.3 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Menyanyi di Majlis Kahwin, Robbie Williams Dibayar RM8.3 juta

Penyanyi Robbie Williams dilaporkan dibayar £1.6 juta (RM8.3 juta) untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan anak perempuan hartawan Russia iaitu Rashid Sardarov baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, pada cara berkenaan, Robbie menyampaikan beberapa buah lagu popularnya termasuk Angels pada majlis yang diadakan di Prague Castle itu.

Anak perempuan Rashid iaitu Victoria Sardarov turut memuat naik gambar selfie bersama penyanyi terkenal itu di Instagram bagi mengucapkan terima kasih kerana sudi menyanyi pada hari bahagianya itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah model terkenal, Sara Sampaio.

Majlis perkahwinan Victoria dan pasangannya, Anton Antonov dilaporkan menelan kos sebanyak £8 juta (RM41 juta).
Powered by Blogger.