F Menjelang perkahwinan Aliff Aziz beri amaran buat bakal isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Menjelang perkahwinan Aliff Aziz beri amaran buat bakal isteri


Kakigosip sempat menghubungi penyanyi tinggi lampai yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang bakal mengikat tali pernikahan bersama pasangannya, Bella Astillah pada 9 September depan untuk bertanya perihal persiapan menjelang hari bersejarah mereka.

“Setakat ini semuanya berjalan seperti yang diharap-harapkan. Alhamdulillah tiada ada masalah besar buat kami dalam menjalankan persiapan kahwin setakat ini. Cuma saya sempat memberi pesan buat bakal isteri yang jatuh motosikal minggu lalu agar lebih-lebih berhati-hati selepas ini apatah lagi hari perkahwinan kami semakin dekat. Kena jaga diri, apatah lagi bila menaiki motosikal,” beritahu Aliff.

Bella sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan kecil di beberapa bahagian anggota badan akibat jatuh motor.

Ditanya mengenai persediaan Aliff yang bakal memegang status sebagai suami orang selepas ini, Aliff dengan nada serius memberitahu;

“Saya tidak berani untuk memberi tahu bahawa saya bersedia 100% untuk memikul tangjunggjawab sebagai suami orang sebab ini adalah yang pertama dan kami berdua tidak pernah ada pengalaman berkahwin.

"Cuma apa yang boleh saya harapkan ialah agar Allah SWT member panduan dan kerahmatan buat kami dalam melayari bahtera perkahwinan,” ujarnya.
Powered by Blogger.