F Meninggal dunia akibat bengkak kaki serius | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Meninggal dunia akibat bengkak kaki serius

Selepas mengalami bengkak kaki serius hampir dua bulan, Ketua Pemuda Umno Cawangan Mahligai di sini meninggal dunia awal pagi semalam.

Mohd Nazri Mohd Yajid, 39, yang tinggal di Kampung Pak Koja, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam selepas dua minggu berada di hospital di Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mahligai, Zakaria Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Poksu Ya berkata, Allahyarham adalah seorang petugas kesihatan terlantar di rumahnya hampir dua bulan apabila kakinya membengkak dipercayai akibat jangkitan kuman.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital dua minggu. Saya ada melawatnya di hospital berapa hari lalu. Sebelum itu kaki kiri Allahyarham sudah bengkak selepas Aidilfitri lalu.

“Mulanya dia masih lagi pergi kerja, tapi bila bengkak  semakin besar dan menyakitkan dia ambil cuti sakit kerana menyukarkan dia nak pakai seluar,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia lima tahun, 13 tahun dan 15 tahun.

Dua minggu lalu Penyelaras Dun Jelawat, Mohd Radzuan Hamat  meluangkan masa menziarahi beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Allahyarham.

Mohd Radzuan berkata, ketika itu Mohd Nazri masih kelihatan sihat dan  berbual seperti biasa.

“Tak sangka lepas kamilawat dia, dia dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia semalam. Takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.
Powered by Blogger.