F Matt Damon Berehat Setahun Daripada Dunia Lakonan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Matt Damon Berehat Setahun Daripada Dunia Lakonan

PELAKON Matt Damon merancang untuk berehat daripada dunia lakonan buat seketika selepas filem terbaharunya, Jason Bourne dilancarkan.

Matt dalam temubual bersama program Today memberitahu dia akan berehat selama setahun untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

"Saya terlalu banyak berlakon dalam masa dua tahun kebelakangan ini dan sudah masanya saya berehat seketika," katanya.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga dia terpaksa membawa keluarganya ke lokasi penggambaran sekiranya ia diadakan di luar negara.

"Mereka adalah peneman terbaik terutamanya anak-anak saya yang gemar menggembara ke luar negara tetapi ia memenatkan.

"sudah tiba masanya mereka berehat dan menjalani kehidupan normal," katanya.

Selain Jason Bourne, dua lagi filem lakonan Matt yang masih belum ditayangkan adalah The Great Wall dan Downsizing.
Powered by Blogger.