F Marcell Beri Kebebasan Anak Pilih Agama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Marcell Beri Kebebasan Anak Pilih Agama

PENYANYI Indonesia, Marcell Siahaan memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk menganuti agama yang mereka yakini.

Marcell, 38, berkata, dia tidak memaksa untuk anak-anaknya mengikuti agama yang dianuti oleh dia dan isterinya Rima Melati Adams.

Katanya, dia mahu anak-anaknya belajar sendiri tentang sesebuah agama berikutan ia adalah hak setiap individu.

"Kalau soal agama, biarkan sahaja mereka pilih sendiri. Kalau memaksa takut dia tidak mengerti apa yang dipilihkan untuknya.


"Malah, dia beragama atau tidak itu hak mereka, saya tidak mahu meracuni pemikiran mereka," ujarnya.

Marcell kini mempunyai tiga cahaya mata daripada dua perkahwinan.

Penyanyi lagu Semusim ini dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Kristian, kemudian dia menganuti agama Buddha.

Namun, Marcell kini menukar agama kepada seorang muslim selepas berkahwin dengan Rima.
Powered by Blogger.