F Mandy Moore Mahu Kembali Menyanyi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mandy Moore Mahu Kembali Menyanyi

PENYANYI Mandy Moore berhasrat untuk kembali ke dunia muzik dan merakamkan album terbaharu buat peminatnya.

Mandy, 32, berkata, dia begitu merindui bidang nyanyian selepas mendiamkan diri hampir tujuh tahun kerana memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

"Saya mahu kembali merakamkan album. Saya rindu bidang nyanyian," katanya seperti dilaporkan People.

Mandy pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagai penyanyi pada tahun 2000 dan pernah popular menerusi lagu seperti Candy, I Wanna Be With You dan Cry.

Dalam pada itu, Mandy berkata, sepanjang tempoh tujuh tahun dia tidak merakamkan album dia banyak menghabiskan masa menulis lirik.

Katanya, lakonan dan kehidupan sehariannya banyak memberi inspirasi ketika menulis dan berharap ia dapat digunakan menerusi album terbaharunya nanti.
Powered by Blogger.