F Mamat Khalid: Faham dan jelas isu FFM28 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mamat Khalid: Faham dan jelas isu FFM28

PEMBIKIN filem, Mamat Khalid berpendapat semua pemain industri perlu ‘faham dengan jelas’ akan pendekatan yang ingin dibawa dalam FFM28.

Pada masa sama, penganjur FFM28 juga perlu memberi penjelasan mengenai apa itu filem nasional atau filem kebangsaan.

Tambahan pula, katanya, apa yang di lakukan oleh penganjuran FFM28 bertujuan untuk memartabatkan filem nasional atau filem kebangsaan.

“Filem yang dipertandingkan adalah untuk dibawa ke peringkat nasional. Jadi, kita mencari filem nasional yang terbaik.

“Sudah semestinya bahasa dalam filem itu berbahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menyatukan semua bangsa di negara ini. Sama juga seperti bahasa Mandarin di China, bahasa Jerman di Jerman mahupun bahasa Inggeris di negara Inggeris,” katanya pada Zass.

Jelasnya lagi, rentetan ketidakfahaman itu juga menyebabkan timbulnya ‘suara-suara’ yang tidak sepatutnya.

“Sememangnya, seni perfileman adalah unik dan mempunyai bahasanya tersendiri.

“Namun, bahasa yang dipertuturkan itu juga menentukan niat pembikinan filem sama ada ia adalah nilai-nilai kebangsaan atau sebaliknya.

“Hak sama rata dan hak nasionalisme adalah dua tuntutan yang sangat besar jurangnya. Jadi, pembikin berada di jurang yang mana?,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, penganjur FFM28 juga perlu menjelaskan mengenai keterbukaan penganjuran yang sentiasa mengikut kehendak industri bahkan masih menjaga martabat filem nasional.
Powered by Blogger.