F Mahkamah Perintah Awie Bayar RM4000 Nafkah Dua Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mahkamah Perintah Awie Bayar RM4000 Nafkah Dua Anak

Hakim Syarie Che Saupi Che Husin membuat perintah itu berdasarkan pertimbangan keperluan dan kebajikan Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, serta kemampuan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar bin Othman selaku defendan dalam kes tuntutan nafkah itu.

Rozana memfailkan tuntutan nafkah berkenaan mengikut Seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Mengikut perintah itu, hakim mewajibkan Awie membayar nafkah bulanan makan minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain sebanyak RM3,000 sebulan tanpa gagal.

Awie juga diperintah menanggung kos tempat tinggal kedua-dua anaknya berjumlah RM1,000 sebulan.

Mahkamah turut membenarkan tuntutan Rozana bagi perintah supaya Awie membiayai kos persiapan ambang persekolahan dan persiapan hari raya yang tidak ditetapkan jumlahnya.
Powered by Blogger.