F Maher Zain Jumpa PM, Doakan Malaysia Terus Dirahmati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maher Zain Jumpa PM, Doakan Malaysia Terus Dirahmati

Meskipun sibuk dengan promosi album terbaharunya, One, namun dalam kunjunganya ke tanah air kali ini, penghibur antarabangsa terkenal, Maher Zain berkesempatan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya, pada Selasa.



Penyanyi kacukan Lebanon-Sweden ini turut memuat naik foto kenangan bersama Perdana Menteri ke akaun Facebooknya.

Dalam kapsyennya, Maher memaklumkan dia sempat berbual tentang pelbagai topik termasuk seni, budaya dan Islam bersama Datuk Seri Najib.

"Saya mendoakan agar Malaysia terus dirahmati," tulis Maher.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi status yang dimuat naik ke Facebook, mengakui meminati dan mengagumi mesej dakwah yang dibawa lagu-lagu dendangan penyanyi yang berasal dari Lubnan itu.

Album Maher, One, buat masa ini tersenarai antara lima album paling laris dalam senarai iTunes Malaysia. Album tersebut dilancarkan pada Jun lalu, dengan lagu 'The Power' diangkat sebagai single pertama.
Powered by Blogger.