F Maher Zain guna Skype berbual dengan anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maher Zain guna Skype berbual dengan anak

Kehadiran Maher Zain di dalam industri seni hiburan tanah air sememangnya disambut baik oleh netizen, tidak dinafikan juga perkembangan kariernya juga pesat.

Maher Zain ditemui ketika kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf bagi mempromosikan album ketiga berjudul 'One'.

Dek kerana terlalu aktif dengan kerja, Kakigosip sempat menemubual bagaimanakah diari kehidupannya bersama keluarga tercinta?

"Sesibuk manapun, saya akan berusaha yang terbaik agar dapat terus berhubung dengan ahli keluarga saya. Terutamanya dengan anak-anak saya, saya akan selalu menghubungi mereka menerusi laman Skype.

"Tapi bila ada kelapangan masa saya akan pastikan masa dihabiskan dengan keluarga sebaik-baiknya," katanya sambil tersenyum.

Untuk rekod, Maher Zain dan isteri, J. Aishah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa Maher pernah berlakon dalam sebuah drama di Indonesia.  Ketika lagu InsyaAllah begitu rancak dimainkan dicorong radio.  Ditanya mengenai keinginannya untuk berlakon lagi?

"Saya pernah berlakon dalam drama sinetron Indonesia untuk beberapa babak sahaja, namun saya akui saya bukanlah seorang yang pandai dan berbakat dalam cabang tersebut," ujarnya ringkas.
Powered by Blogger.