F Lupa Pakai Seluar Dalam, Bahagian Sulit Anak Ifa Raziah Bengkak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lupa Pakai Seluar Dalam, Bahagian Sulit Anak Ifa Raziah Bengkak

Gara-gara terlupa memakai seluar dalam, bahagian sulit anak kepada penyanyi Ifa Raziah, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 11, cedera ketika bermain badminton Sabtu lalu.

Memetik laporan BH online, Ifa berkata, pada mulanya beliau tidak berasakan kecederaan itu terlalu serius, justeru hanya membawa anaknya ke klinik.

Bagaimanapun bahagian berkenaan terus membengkak dan sakit sehingga kanak-kanak lelaki berkenaan terus dibawa ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal.

"Doktor mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. Tak sangka pula ia kecederaan yang serius.

"Rupa-rupanya doktor memberitahu, kanak-kanak lelaki terutamanya tidak boleh bersukan tanpa memakai seluar dalam kerana ia boleh mengganggu bahagian sulit mereka," katanya.

Testicular Torsion berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau 'twisted'. Berikutan buah zakar terpulas, ia mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, menyebabkan bahagian itu membengkak dan meradang, yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan.

Sementara itu, Ifa berkata, beliau lega apabila doktor memberitahu penyakit anaknya itu masih boleh diubati dan akan pulih seperti biasa.

"Risau juga kalau dia mandul. Maklumlah, dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada dan ia juga berkaitan dengan masa depannya.

"Apa-apapun saya lega apabila diberitahu Aqili akan pulih seperti biasa. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa mengingatkan dia untuk menjaga diri," tuturnya.

Powered by Blogger.