F Lindsay Lohan Dedah Sikap Curang Teman Lelaki Di Twitter | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lindsay Lohan Dedah Sikap Curang Teman Lelaki Di Twitter

PELAKON Lindsay Lohan secara terbuka mendedahkan perbuatan teman lelakinya, Egor Tarabasov selepas berjaya menangkap lelaki bersikap curang terhadapnya.

Mirror melaporkan Lindsay menyerang lelaki berkenaan menerusi Twitter dengan mendedahkan gambar dan video Egor, 23, sedang berfoya-foya bersama seorang wanita yang juga kenalannya dikenali sebagai Dasha Pashevkina di sebuah kelab baru-baru ini.

Dalam salah satu status yang ditulis pelakon Mean Girls itu, dia turut mendedahkan Egor adalah tunangnya.

"Terima kasih kerana tidak pulang ke rumah malam ini. Kemasyhuran mengubah manusia.

"Rasanya saya pernah melalui usia 23 tahun. Tempoh yang teruk, tapi ia akan berubah apabila anda mencapai usia 26 atau 27," katanya yang turut menggelar Dasha sebagai pelacur.

Ini bukan kali pertama hubungan pasangan itu bermasalah dan Lindsay sebelum ini pernah melempar telefon milik Egor ke dalam laut ketika mereka bercuti di Greece.
Powered by Blogger.