F Linda Onn sertai Sinar FM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Linda Onn sertai Sinar FM

Tahniah Kakigosip ucapkan kepada penyampai radio dan pengacara terkenal, Linda Onn yang bermula Sabtu ini akan kembali sebagai penyampai radio.  Kali ini bersama Sinar FM.

Linda Onn yang dihubungi sebentar tadi turut merakamkan rasa kegembiraannya selepas hampir sebulan lebih tidak ke udara.

Diajukan persoalan apakah Linda sendiri pada kali ini mempunyai daya menarik untuk pendengar Sinar FM? Ini jawapannya;

"Sudah tentu saya mahu buat yang terbaik buat pendengar Sinar FM, termasuklah pendengar setia saya juga," katanya ringkas.

Dalam pada itu Kakigosip difahamkan juga, Linda akan bertugas pada setiap hari Sabtu untuk segmen Sinar 40 bermula 8 pagi sehinga 12 tengah hari dan ulangannya pada hari Ahad bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Ditanya mengenai tempoh kontrak bersama Sinar FM, Linda masih belum bersedia untuk mendedahkannya. Walau bagaimanapun penyampai radio baru itu hanya menyatakan tentang penawarannya.

"Kami  berbincang dalam tempoh sebulan dan kemudian barulah dapat keputusan penuh. Jadi bermulalah realiti baru pada esok 6 Ogos," ujar Linda yang akan digandingkan bersama bekas pengacara HLIve iaitu Hefny Sahad.
Powered by Blogger.