F Lima budak tembak mati tahanan Syria | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lima budak tembak mati tahanan Syria

Kumpulan militan Daesh didakwa mengeluarkan sebuah video menunjukkan lima kanak-kanak lelaki Britain membunuh tahanan Syria di wilayah Raqqa, menurut laporan perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence.

Mereka dipercayai dari Britain, Mesir, Turki, Tunisia dan Uzbekistan dan berusia antara 10 hingga 13 tahun.

Video berdurasi selama sembilan minit itu memaparkan kanak-kanak berkenaan memakai pakaian seragam tentera dengan sarung tangan hitam, berdiri di belakang tahanan yang dikenal pasti sebagai perisik.

Sebelum hukuman dijalankan, salah seorang budak menjerit “Tiada sesiapa dapat menyelamatkan orang Kurdish walaupun mendapat sokongan Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman”.

Senjata api kemudiannya diangkat sebelum menembak mati kesemua mangsa.

Difahamkan, Daesh telah merekrut kanak-kanak sebagai pejuang dan setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 12 budak dilaporkan muncul dalam video propaganda kumpulan terbabit.
Powered by Blogger.