F Lelaki terima lamaran wanita kerana harta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lelaki terima lamaran wanita kerana harta


Di sebuah pusat membeli belah di China, seorang wanita telah melamar seorang lelaki di khalayak ramai dengan membelikan sebuah motosikal. Selain itu wanita tersebut juga telah berjanji mahu meletakkan nama kekasihnya itu sebagai pemilik bersama kediaman miliknya apabila lelaki tersebut sudi mengahwininya.

Kekasih kepada wanita yang merupakan anak seorang ahli perniagaan ini telah menerima dengan hati terbuka lamaran tersebut. Menurut sumber wanita tersebut merupakan seorang pelajar yang baru menamatkan pengajiannya di luar negara dan telah membawa bersama salina geran rumah miliknya ketika melamar kekasihnya itu.

Detik romantik pasangan ini telah dirakamkan oleh orang ramai apatah lagi lamaran tersebut telah dilakukan secara terang-terangan. Namun tindakan wanita ini menerima pelbagai komen negatif daripada netizen malah ada yang menyifatkan lelaki ini memilih lamaran tersebut hanya kerana harta.
Powered by Blogger.