F Lelaki Daftar Permohonan Mahu Kahwini Pokemon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lelaki Daftar Permohonan Mahu Kahwini Pokemon

 Di tengah-tengah kerancakan permainan Pokemon Go yang menjadi buruan ramai di seluruh dunia, seorang lelaki di Moscow membuat keputusan seperti hilang akal apabila meluahkan perasaan untuk berkahwin dengan salah satu watak dalam permainan tersebut.

Sudah dua kali Muscovite Ivan Makarov, 36 berulang alik ke pejabat pendaftaran di Kutuzovsky untuk memohon berkahwin dengan Pokemon Ditto, yang digambarkannya sebagai paling cantik dan menarik.

"Saya memang cintainya. Bagi saya, adalah sukar untuk menangkapnya. Saya ingin kahwin dengannya dengan harapan dia boleh datang ke sisi saya. Dia berbadan gemuk sama seperti saya. Saya rasa kami amat adalah pasangan yang sesuai.

"Saya sedia menyerahkan segala jiwa dan raga kepadanya. Tangan saya seperti sudah dapat memegangnya dan saya amat rindunya siang dan malam," luah Makarov.

Ketika ditanya kenapa mahu kahwin dengan Ditto, jawab Makarov, Ditto boleh memberikan kebahagiaan dan zuriat kepadanya.

Namun jawapan yang diberikan Makarov itu tidak diterima oleh pegawai di pejabat pendaftaran kerana dia perlu membuktikan bahawa Ditto itu adalah seorang manusia dan bukan watak kartun.

Hasrat Makarov yang dianggap pelik lagi gila akhirnya terkubur begitu sahaja. Kegagalannya berkahwin dengan Ditto kemudian dimuat naik ke dalam laman sosial.

Seperti yang diduga, beritanya menerima banyak komen daripada ramai netizen yang menyatakan lelaki gila seperti Makarov itu lebih sesuai pergi ke hospital mental dan bukannya pergi ke pejabat pendaftaran!
Powered by Blogger.