F Lee Sang Yeob-Gong Hyun Joo Umum Perpisahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lee Sang Yeob-Gong Hyun Joo Umum Perpisahan

PASANGAN Lee Sang Yeob dan Gong Hyun Joo dilaporkan sudah berpisah dan berita berkenaan turut disahkan oleh syarikat pengurusan masing-masing pada Selasa lalu.


Soompi bagaimanapun melaporkan kedua-dua agensi mewakili pasangan itu tidak mendedahkan punca perpisahan tersebut sebaliknya memberitahu mereka kekal sebagai kawan.

"Perpisahan itu tidak dinyatakan puncanya namun baik Sang Yeob dan Hyun Joo mereka masih menyokong di antara satu sama lain.

"Hubungan mereka kekal baik sebagai kawan," kata kenyataan dikeluarkan Jellyfish Entertainment yang mewakili Hyun Joo.

Sang Yeob dan Hyun Joo bercinta sejak Ogos 2013 dan sejak itu mereka terbuka mengenai hubungan berkenaan.

Malah mereka sama-sama muncul dalam program realiti Law of the Jungle pada tahun lalu.
Powered by Blogger.