F Lee Jin Wook Diminta Bayar Pampasan Sebagai Duta Produk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lee Jin Wook Diminta Bayar Pampasan Sebagai Duta Produk

PELAKON Lee Jin Wook diminta membayar pampasan kepada sebuah syarikat atas dakwaan telah menjejaskan reputasi dan jualan jenama pakaian terkenal di Korea Selatan.

Soompi melaporkan aktor itu pada awal tahun ini menandatangani perjanjian sebagai jurucakap jenama berkenaan dengan bayaran USD358,000 (RM1.4 juta).


Bagaimanapun tidak dinyatakan berapa jumlah pampasan diminta pihak berkenaan.

Pada Julai lalu nama Jin Wook menjadi perhatian apabila seorang wanita dikenali sebagai A mendakwa menjadi mangsa serangan seksual pelakon itu.

Ekoran dakwaan itu, syarikat berkenaan mengugurkan namanya sebagai duta dan jurucakap daripada mewakili jenama itu.

Sumber pula memberitahu syarikat itu berhak membuat tuntutan walaupun Jin Wook belum disabitkan kesalahan kerana ia tertulis dalam kontrak.
Powered by Blogger.