F Lebih Tenang Selepas Berhijab - Ella | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lebih Tenang Selepas Berhijab - Ella

Selepas merasakan tiba masa untuk mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik, akhirnya pada Ramadan lalu, ratu Rock negara, Ella nekad dengan keputusan untuk berhijab.

Memetik laporan mStar online, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, berkata, dia merasakan lebih tenang dan yakin dengan imej baharu itu.

"Saya tidak tahu ingin nak cakap macam mana apa yang saya rasa, yang penting rasa sangat tenang.

"Pada Ramadan lalu saya berborak-borak dengan suami dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung? Jadi saya terus cakap ya mahu bertudung. Dia sangat gembira dengan keputusan saya ini," ujarnya kepada mStar Online.

Disamping itu, dia juga mendapat dorongan itu daripada kakaknya Jojie yang lebih awal berpenampilan muslimah itu.

"Saya suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan wajah dia sehingga saya rasa ingi bertudung juga.

"Dia juga galakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk cari fesyen tudung yang sesuai untuk saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ella berkata, penampilan tersebut tidak membataskan kerjaya nyanyiannya dalam genre rock.

"Saya tetap macam Ella yang dulu dan menyanyi lagu rock cuma mungkin tidak boleh terlalu lincah. Baju pula yang bersesuaian dengan imej baru ini.

"Saya harap peminat beri sokongan dengan keputusan saya ini," ujarnya.

Ella bernikah dengan juruterbang iaitu Azhar Ghazali, pada 7 Julai 2012.
Powered by Blogger.