F Lebih Ramai Kawan Lelaki Berbanding Perempuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lebih Ramai Kawan Lelaki Berbanding Perempuan

Pelakon yang namanya kini semakin melonjak naik, Mira Filzah, 23, mengakui dia berkawan rapat dengan pelakon, Ben Ali.

"Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi"

"Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki.
"Ben adalah salah seorang daripada mereka. Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Online.

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, dia tidak rimas dengan gosip dan usikan berpacaran yang datang kepadanya kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah selagi dirinya belum berkahwin.

Malah kata Mira lagi, dia dan Ben tahu batasan hubungan yang terjalin di antara mereka.

Sebelum ini, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini pernah diikaitkan dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak.
Powered by Blogger.