F Lagu Maher Zain punyai dakwah kepada golongan muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lagu Maher Zain punyai dakwah kepada golongan muda

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, lagu‎ ciptaan penyanyi antarabangsa, Maher Zain mempunyai mesej dakwah kepada golongan muda di negara ini.

Perdana menteri yang mengadakan pertemuan dengan penyanyi berketurunan Lubnan itu hari ini, berkata lagu seperti 'Thank You Allah', 'Insha Allah' dan 'Palestine Will Be Free' lebih daripada sekadar sebentuk hiburan.

Malah, ia mempunyai mesej dakwah yang mampu mencapai jutaan umat Islam di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan golongan muda di negara ini, katanya.

"Maher Zain berkongsi dengan saya album baharu beliau tadi, suka saya lihat lagu-lagu di dalamnya masih membawa mesej dakwah yang mengajak umat Islam ke arah kebaikan.

"Semoga kita semua memperoleh rahmat Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam catatan Twitter dan Facebooknya, hari ini.

Najib yang berkongsi catatan pertemuannya dengan Maher Zain turut memuat naik sekeping gambar 'selfie' dengan penyanyi yang berusia 35 tahun itu.

Maher Zain pernah diumumkan sebagai seorang daripada calon Anugerah Industri Muzik ke-18 bagi kategori 'Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara, untuk lagunya 'Insha Allah' pada 2011.
Powered by Blogger.