F Lady Jane Kongsi Rasa Putus Cinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lady Jane Kongsi Rasa Putus Cinta

PENYANYI Lady Jane memberitahu dirinya pernah melalui kisah cinta yang menyedihkan.


Katanya, dia sering menutup luka hatinya dengan sering tersenyum di hadapan rakan-rakan dan peminatnya.

"Saya pernah melalui saat putus cinta. Ketika itu saya hanya tersenyum di depan rakan-rakan dan peminat.

"Tapi bila sampai di rumah saya bersandar dan menangis terutama bila bekas kekasih saya bertanya tentang kesihatan saya ketika itu," ujarnya ketika ditemuramah sebuah program hiburan Old School, pada Khamis.

Katanya, dia menghilangkan rasa sedih akibat putus cinta itu dengan menulis lirik dan mengubah lagu.

"Saya akan buat lagu dan menyanyikan berulang kali untuk diri sendiri bagi mengubati rasa sakit akibat putus cinta," ujarnya.
Powered by Blogger.