F Kristin Bell Sebak Ditanya Kisah Ketagihan Dadah Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kristin Bell Sebak Ditanya Kisah Ketagihan Dadah Suami

PELAKON Kristen Bell mengalirkan air mata ketika muncul dalam satu temubual apabila ditanya mengenai masalah ketagihan dadah yang dialami oleh suaminya, Dax Shepard.

Kristen berkata, dia pada awalnya sukar menerima hakikat masalah dihadapi lelaki berkenaan dan mengakui mengalami waktu sukar terutamanya pada awal perkahwinan mereka.

"Dia seorang penagih untuk bertahun-tahun lamanya dan ia bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa pun.

"Saya akui ia sukar tetapi saya perlu memberi sokongan kepadanya untuk memperbetulkan kembali kehidupannya yang tersasar sebelum ini," katanya seperti dilaporkan US Weekly.

Bagaimanapun kata Kristen, dia lega kerana Dax bersemangat untuk pulih daripada ketagihan dadah dan kini kehidupannya kembali normal.

"Dia seorang bapa yang baik dan tahu menilai perkara baik dan buruk untuk keluarganya.

"Dax memilih keluarga berbanding dadah dan kini dia sudah tidak lagi ketagih," ujarnya.
Powered by Blogger.