F Krisdayanti Mengaku Sedut Lemak, Mahu Jalani Pembedahan Plastik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Krisdayanti Mengaku Sedut Lemak, Mahu Jalani Pembedahan Plastik

Diva popular Indonesia, Krisdayanti (KD), 41, punya cara tersendiri memastikal imej juga penampilannya sentiasa menawan dan mempersona bukan hanya dari segi pemakaian malah bentuk badan.

Menurut isteri kepada jutawan Timor Leste, Raul Lemos ini, beliau sangat menitikberatkan dari segi pengambilan nutrisi dari pemakanan dan juga mengamalkan olahraga sebagai rutin harian.

Tidak cukup dengan itu, wanita kelahiran Batu, Jawa Timur ini juga mengaku punya cara untuk menjaga bentuk tubuhnya. KD mengaku melakukan rawatan sedut lemak.

"Kalau pembedahan plastik saya ingin ketika saya berumur 50 tahun. Kalau sekarang tidak, ya. Sekarang saya berlari di atas treadmill sekurang-kurangnya 1 jam tanpa henti," tuturnya.

"Kalau sedut lemak memang saya sudah saya lakukan sejak dulu. Bukan fenomena. Kalau dirasakan perlu dan tidak memudaratkan, ia tidak menjadi masalah," akuinya.

Meskipun harus membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk rawatan tersebut, namun bagi KD ia tidak sikit pun membebankan.

"Iya lah mahal, doktornya mahal dan satu titik kosnya cecah USD2,000," tuturnya.

Terkini, KD baru saja melancarkan dua single terbaharu berjudul Sleep To Dream dan In Love Again.

Powered by Blogger.