F Kontrak Song Joong Ki Sebagai Duta Produk Digugurkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kontrak Song Joong Ki Sebagai Duta Produk Digugurkan

KONTRAK pelakon Song Joong Ki sebagai duta produk telefon pintar di China dilaporkan ditarik balik.

Soompi melaporkan Joong Ki mendapat tawaran tersebut pada Mei lalu dengan bayaran dianggarkan bernilai USD$3.4 juta (RM13 juta) ketika namanya sedang memuncak ekoran drama bersiri lakonannya, The Descendants Sun.


Dalam laporan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat berkenaan penguguran itu disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan namun Joong Ki masih menerima bayaran penuh walaupun kontrak itu dibatalkan.

Bagaimanapun dalam satu laporan berlainan perkara itu disebabkan faktor ekonomi China yang mengalami masalah sehingga memaksa tawaran itu digugurkan.

Selain itu, turut dilaporkan tawaran drama Joong Ki di China turut terjejas ekoran masalah ekonomi negara itu.
Powered by Blogger.