F Konsert 1 Oktober, BigBang Sekali Lagi Pilih Stadium Merdeka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konsert 1 Oktober, BigBang Sekali Lagi Pilih Stadium Merdeka

Kumpulan Bigbang sekali lagi akan mengadakan konsert di tanah air pada 1 Oktober ini jam 7.30 malam. Tambah mengujakan V.I.P (gelaran untuk peminat) kumpulan sensasi Korea ini sekali lagi memilih Stadium Merdeka untuk konsert mereka yang diberi nama Bigbang 2016 Made (V.I.P) Tour in Kuala Lumpur ini.

BigBang yang dianggotai G-Dragon, T.O.P Taeyang, Daesung dan Seungri sebelum ini pernah menggenggarkan stadium terbuka itu ketika merealisasikan konsert BigBang Alive Galaxy Tour pada tahun 2012 yang mana disaksikan lebih 12,000 peminat.

Tahun lalu, Big Bang kembali dan mengadakan konsert BigBang 2015 World Tour Made in Malaysia 2015 di Stadium Tertutup Bukit Jalil dan dibanjiri lebih 15,000 penonton. Konsert tersebut diklasifikasikan sebagai Konsert Paling Mahal dalam sejarah persembahan jelajah mereka di Malaysia yang mana mencecah kos perbelanjaan sebanyak RM1 juta.

Sementara konsert kali ini pula berkonsepkan lebih intim dengan penonton. Bukan sahaja membuat persembahan, mereka juga akan mengadakan aktiviti dan acara game bersama peminat.

Bagaimanapun, sedikit menyedihkan kerana konsert anjuran IME Malaysia ini akan berlangsung tanpa kehadiran T.O.P atas sebab jadualnya yang padat. T.O.P turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam konsert kali ini. Pihak pengurusan YG
Entertainment dan penganjur juga turut meminta maaf kepada para peminat.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 31hb Ogos 2016 (Rabu), 11:00 pagi. hingga 3:00p.m. di Tropicana City Mall (tingkat bawah-concourse area).

..

Berikut senarai harga tiket-tiket BIGBANG MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR :

SUPER VIP RM780 (tempat duduk bernombor)

VIP RM680 (tempat duduk bernombor)

ROCK ZONE RM680 (come with queue number)

CAT1 RM580 (tempat duduk bernombor)

CAT2 RM480 (tempat duduk bernombor)

CAT3 RM390 (tempat duduk bernombor)

CAT4 RM298 (free seating)

CAT5 RM198 (free seating)

** Harga tiket termasuk 6% GST dan tidak termasuk caj proses sebanyak RM4.

** Setiap orang hanya boleh membeli maksimum 10 tiket untuk mana-mana kategori tiket

Jualan menerusi online dan di outlet akan bermula pada 31 Ogos 2016 (Rabu), 3:00p.m.

Outlet tiket seperti di Speedy music outlet, Victoria music outlet, Neway Karaoke outlet, pusat membeli belah The Mines.

Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/imeasia atau www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline: 03-92228811.
Powered by Blogger.