F Komik Superman Berjaya Dilelong RM4 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Komik Superman Berjaya Dilelong RM4 juta

Naskhah komik pertama yang menampilkan watak superhero, Superman dilaporkan dilelong dengan harga hampir AS$1 juta (hampir RM4 juta) minggu lalu.

Menurut portal upi.com, pusat jualan lelong barangan antik terbesar di Amerika Syarikat (AS), Heritage Auction berjaya menjual edisi komik Action Comics jilid 1 itu pada harga AS$956,000 (RM3.8 juta), melebihi kutipan yang disasarkan sebanyak AS$750,000 (RM3 juta).

Komik tersebut yang pertama kali diterbitkan pada Jun 1938 itu, asalnya dijual dengan harga AS$0.10 (RM0.40) sahaja senaskah dan lebih 100 lagi edisi komik tersebut dipercayai masih wujud.

“Kami sangat bersyukur dan gembira melihat pembida mengiktiraf salinan komik itu sebagai permata yang berharga selepas harganya melonjak tinggi.

“Terdapat beberapa lagi naskhah komik itu yang turut dipamerkan untuk dilelong dengan muka hadapannya berada dalam keadaan masih elok,” kata Pengarah Urusan Bahagian Komik Auction Heritage, Lon Allen.

Komik tersebut merupakan koleksi peribadi dan dibeli daripada seorang peniaga pada 1998 dengan harga AS$26,000 (RM104,780).
Powered by Blogger.