Berita Terkini
recent

Kolaborasi magis Yuna & Hatta Dolmat dalam " Nuova Flora "


Kakigosip dijemput ke majlis pengenalan dan pelancaran koleksi “Nuova Flora” yang menampilkan kolaborasi hebat antara dua figura glamor, iaitu penyanyi antarabangsa kesayangan Malaysia, Yuna bersama pereka fesyen Hatta Dolmat.

Kolaborasi eksklusif yang boleh di dapati menerusi FashionValet ini mengetengahkan motif flora yang memberi simbolik kepada kelembutan dan impian. Ujar Yuna;

“Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan baik saya (Hatta). Sebelum ini dia banyak mereka busana saya untuk persembahan. Jadi bila lama bekerjasama, kami mulai rapat lalu berkongsi mengenai minat dalam fesyen.

"Jadi timbul idea untuk melancarkan koleksi saya bersamanya yang kami namakan ia sebagai Nouva Flora, yang feminin, edgy dan warnanya yang vibran khususnya buat fesyenista yang berkeyakinan.”

Nuova Flora turut mempunyai koleksi untuk lelaki. Sementara itu, Yuna juga turut mengalunkan single terkininya bersama SonaOne berjudul Pulang pada majlis berkenaan. Tahniah dari Kakigosip buat Yuna dan Hatta!
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.