F Kisah Hidup Britney Spears Dijadikan Filem Televisyen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kisah Hidup Britney Spears Dijadikan Filem Televisyen

KISAH hidup dan kejayaan penyanyi terkenal Britney Spears bakal dijadikan sebuah filem untuk siaran televisyen lapor Variety.


Bakal diarahkan oleh Leslie Libman, filem berkenaan dilaporkan turut memaparkan masalah yang dihadapi sepanjang bergelar penyanyi termasuk kisah peribadinya.

Ini termasuk kisah percintaannya dengan Justin Timberlake, Jason Alexander dan Kevin Federline.

Pengumuman itu dibuat oleh saluran Lifetime pada Rabu lalu.

Pelakon Natasha Bassett bakal melakonkan watak sebagai Britney dalam filem biopic selama dua jam itu.

Filem bertajuk Britney itu bakal memulakan penggambaran pada 19 September ini di Vancouver, Kanada dan dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Powered by Blogger.