F Kevin Zahri Minta Maaf Isu Sindir Juruterbang Terlalu Gemuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kevin Zahri Minta Maaf Isu Sindir Juruterbang Terlalu Gemuk

Baru-baru ini personaliti TV yang juga jurulatih dan perunding pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri Abdul Ghaffar dikecam gara-gara sindirannya mengatakan penerbangannya ke Brunei lewat 30 minit berpunca kerana pembantu juruterbang (co-pilot) pesawat tersebut terlalu gemuk.

Pada 30 Julai lalu, menerusi status di laman sosial Twitter-nya, Kevin memberitahu beliau baru memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brunie selepas pesawat yang dinaikinya lewat selama 30 minit dan kelewatan itu disebabkan pembantu juruterbang pesawat tersebut terlalu gemuk dan tercungap-cungap ketika sampai.

Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi malahan ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan Kevin sekaligus menyifatkan cara pemikiran Kevin kurang cerdik dan perlukan fitness.


Bukan setakat netizen, malah tweet tersebut turut mendapat perhatian seorang juruterbang yang juga sebelum ini merupakan seorang TV host dan DJ, Johan Farid Khairuddin (JFK).

Meskipun JFK bukanlah juruterbang yang bertugas dalam pernebanga yang dinaiki Kevin itu, beliau turut kesal dengan kenyataan Kevin.

Selepas lebih kurang 2 jam tweet Kevin itu menjadi viral, beliau akhirnya memuat naik status terbaharu memohon maaf dan menjelaskan bahwa beliau tidak berniat mahu memalukan sesiapa.
Powered by Blogger.