F Kesha Gugur Kes Serangan Seksual Terhadap Dr. Luke | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kesha Gugur Kes Serangan Seksual Terhadap Dr. Luke

PENYANYI Kesha menggugurkan dakwaan serangan seksual terhadap penerbit album, Dr. Luke yang difailkan di California lapor BBC.

Peguam yang mewakili penyanyi itu dalam satu kenyataan memberitahu tuduhan itu digugurkan bagi memberi fokus kepada kes yang difailkan di New York.

Ini termasuk kes Dr. Luke menghalang Kesha daripada meninggalkan syarikat rakaman miliknya iaitu Kemosabe Records.

Memandangkan kes itu masih berjalan, Kesha tidak dibenarkan untuk melancarkan sebarang lagu kerana masih bergelar artis dibawah label itu.

Kesha dalam dakwaan terhadap Dr. Luke atau nama sebenarnya, Lukasz Gottwald, 42, telah menderanya secara seksual dan mental.

Bagaimanapun Dr. Luke menafikan tuduhan tersebut.

Kesha, 29, membuat permohonan di mahkamah untuk meninggalkan syarikat rakaman yang dimiliki oleh Sony Music namun keputusan tidak memihak kepada penyanyi lagu Tik Tok itu.
Powered by Blogger.