F Kes Hina Agama Islam : Namewee Diburu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kes Hina Agama Islam : Namewee Diburu

Polis mengesahkan penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee kini berada di luar negara bersama tiga lagi rakannya yang diburu bagi membantu siasatan berhubung klip video yang dilaporkan menghina agama Islam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, pihak polis sudah mengenalpasti identiti Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, 33, bersama tiga lagi lelaki yang turut bersamanya di dalam klip video berkenaan bagi membantu siasatan selepas ia mula tersebar secara meluas dalam media sosial minggu lalu.

Beliau berkata, polis sudah menerima empat laporan polis termasuk mengambil keterangan terhadap empat lelaki termasuk Pengerusi Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah selepas masjid berkenaan turut dijadikan salah satu lokasi pengambaran.

Katanya, polis turut menerima laporan polis daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain mengenalpasti kesemua individu termasuk penerbit yang terlibat dalam pembikinan klip video berkenaan dan polis kini sedang memburu mereka untuk siasatan lanjut.

Dalam klip video berdurasi lebih empat minit itu bertajuk 'Oh My God' dimana lagu itu dicipta sepenuhnya bersama lirik lagu oleh Namewee sendiri dimana klip video berkenaan dirakamkan sekitar kawasan tarikan pelancongan termasuk tokong cina, masjid serta beberapa lokasi tarikan pelancong termasuk Padang Kota Lama.

Dalam klip video berkenaan terdapat empat lelaki berpakaian mengikut agama termasuk paderi, sami buddha dan Islam yang lengkap berpakaian jubah dan berserban di mana lagu dinyanyikan berentak Rap itu turut dirakamkan di dalam kawasan Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah.

Lebih teruk lagi terdapat beberapa aksi yang dipercayai berunsur penghinaan dimana perkataan Allah yang disebut beberapa kali dalam lirik lagu termasuk menyentuh gelas minuman, memakai jubah dan serban sambil bermain judi dan menyanyi dan menari di dalam Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Powered by Blogger.