F Keputusan Bersara Bukan Sebab Merajuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Keputusan Bersara Bukan Sebab Merajuk

Selepas 35 tahun mengabdikan diri dalam bidang muzik, penyanyi yang popular dengan lagu Hijau, Datuk Zainal Abidin mengumumkan dirinya akan bersara dari arena muzik tempatan.

Memetik laporan Harian Metro, Zainal, 57, berkata, keputusannya itu bukan kerana dia merajuk dengan industri muzik tempatan, tetapi mahu memberi peluang kepada bakat baru untuk mengembangkan bakat mereka ke luar negara.

"Bersara bukan bermaksud saya akan berhenti terus menyanyi, sebaliknya saya memperlahankan aktiviti seni untuk berehat kerana usia pun sudah meningkat.

"Namun, saya tetap akan pertimbangkan jika ada tawaran untuk membuat persembahan di luar negara selepas ini," katanya

Terdahulu, Zainal membuat persembahan di Konsert Music For Mercy di Roman Forum, Rome, Itali pada 26 Julai lalu. Turut sama membuat persembahan ialah penyanyi antarabangsa Andrea Bocelli dan David Foster.

Zainal berkata, dia juga merancang untuk bersara selepas menghasilkan album terakhirnya yang bertaraf antarabangsa nanti.
Powered by Blogger.