F Kenyataan bangsa Johor Tun M satu kesilapan besar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kenyataan bangsa Johor Tun M satu kesilapan besar

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung bangsa Johor dilihat satu kesilapan dan mengundang nahas kerana mencari hal dengan Sultan Johor.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai tidak konsisten dan cakap tidak serupa bikin.

"Saya tengok dari dahulu (Tun Mahathir) tidak konsisten. Minggu lepas minta maaf pada Raja-Raja Melayu kerana semasa beliau memimpin dahulu telah meminda perlembagaan dan kita sokong. Tetapi minggu ini pula membawa hal dengan Sultan Johor. Saya lihat dia cakap tidak serupa bikin yang mana akhirnya mempelawa dan mengundang nahas.

"Silap hari bulan parti baharu diwujudkan tidak diterima seinci pun di Johor. Ia merupakan pertimbangan yang silap. Sama ada beliau hendak minta maaf atau tidak terserah kepadanya,"katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengerang, hari ini.

Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau melihat selama ini Tun Mahathir juga banyak meluahkan perkara yang tidak membina.

Katanya, semua isu yang dibawa menjurus kepada perpecahan, kebencian, menjatuhkan kepimpinan sehingga perkara yang mencuit hati kecil orang Johor sudah menjadi satu perkara biasa.

"Tetapi kali ini dia silap kerana tidak faham bahawa bangsa Johor sudah wujud sejak 1920 Almarhum Sultan Ibrahim di mana masa itu Johor tidak berpecah. Datuk (Seri Mohamed) Khaled Nordin dah nyatakan konsep bangsa Johor tidak menjurus kepada perpisahan Johor daripada persekutuan Malaysia. Ianya menjurus kepada permuafakatan, perpaduan, lebih kepada melihat kekuatan dalam kepelbagaian.

"Dan senario kita di Johor menuntut hari ini membuat sesuatu membina. Oleh itu kita hari ini memberi sokongan dan pendirian jelas kepada apa yang telah diterangkan menteri besar,"katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut melahirkan rasa hairan dengan sikap Tun Mahathir yang mempersoalkan konsep Bangsa Johor, sedangkan ia tidak melanggar undang-undang.

"Tun Mahathir jangan lupa sumbangan dan sokongan oleh Umno Johor sewaktu zaman pemerintahan, kejatuhan dan krisis yang pernah dihadapi beliau dahulu kerana pada masa itu Umno Johor sentiasa berada di belakangnya," katanya.
Powered by Blogger.