F Kendall Jenner Tersinggung Dengan Jimmy Kimmel | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kendall Jenner Tersinggung Dengan Jimmy Kimmel

MODEL dan bintang realiti, Kendall Jenner meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengacara Jimmy Kimmel yang juga adalah jirannya.

E! Online melaporkan Kendall yang baru-baru ini berpindah ke kediamannya sendiri memberitahu dia tersinggung dengan sikap Jimmy apabila lelaki itu tidak mengalu-alukan kehadirannya dikawasan kejiranan tersebut.

"Saya tersinggung kerana anda tidak sekali pun mengajak saya ke rumah anda sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran saya di kawasan kejiranan ini.


"Kita berjiran dan dengarnya anda pandai memasak tetapi anda tidak mengendahkan kehadiran saya," katanya kepada Jimmy ketika muncul dalam program bual bicara kendalian pengacara itu.

Jimmy bagaimanapun sempat mengusik Kendall dengan memberitahu dia tidak mahu memasak untuknya kerana dia adalah seorang model.

"Adakah anda dibenarkan untuk makan apabila wajah anda terpampang pada muka hadapan majalah Vogue?," soalnya.
Powered by Blogger.