F Keluarga mohon beri Nadiya Nisaa ruang privasi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Keluarga mohon beri Nadiya Nisaa ruang privasi

KELUARGA aktres terkenal, Nadiya Nisaa Kamarudin, 31, meminta agar semua pihak memahami situasi Nadiya serta menghormati privasi beliau buat masa sekarang.

"Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapapun dan merupakan ketentuan ALLAH SWT.  Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan kini sedang berehat bersama keluarga.

"Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan meminta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah buat arwah," petik kenyataan itu.

Terdahulu, anak  kedua kepada Nadiya yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan pada 31 Julai lalu.
Powered by Blogger.