F Kekasih penyokong utama kerjaya Shiha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kekasih penyokong utama kerjaya Shiha

Perhubungan cinta yang sudah terjalin lebih tujuh tahun, penyanyi Shiha Zikir mengakui kekasih hatinya banyak memberikan sokongan dalam kerjayanya selama ini.

Menariknya, lelaki yang dikenali sebagai Arul itu turut menguruskan karier Shiha secara sambilan. Ini kerana lelaki tersebut bekerja sebagai ‘site engineer’ dan di hujung minggu, dia akan menguruskan kerjaya Shiha.

Kakigosip juga didedahkan dengan sikap positif kekasih hatinya yang membuatkan hubungan mereka bertahan sampai ke hari ini.

“Saya dan dia sudah berkawan dalam jangka masa yang agak lama malah keluarga masing-masing juga sudah mengenali antara satu sama lain. Sejujurnya dia memang banyak menyokong perkembangan dalam turun naik kerjaya saya dan apa yang telah dilakukannya, cukup bermakna.

“Selain itu, dia bukanlah jenis lelaki yang cemburu dan sangat disenangi," ujar Shiha selain keluarga yang juga banyak menyokong kerjaya seninya.

Hebatkan, seorang kekasih sanggup menguruskan kerjaya seni buah hatinya pada hujung minggu. Bertuah Shiha ada lelaki yang begitu komited terhadapnya. Tunggu apa lagi, keluarga masing-masing pun sudah saling mengenali, lekaslah bersatu, betul tak?
Powered by Blogger.