F Kategori Filem Terbaik FFM 28 kini terbuka untuk semua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kategori Filem Terbaik FFM 28 kini terbuka untuk semua

Selaku penganjur Festival Filem Malaysia ke 28, Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, memutuskan agar penyertaan kesemua filem Malaysia tanpa pengasingan bahasa dan kewujudan anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan sebagai satu mekanisme baru.

Berikut merupakan mekasnisme baru yang diwujudkan;

1.Bagi Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan, calon-calon akhir bagi kategori ini adalah
lima buah filem daripada calon filem Terbaik FFM28 yang menggunakan Bahasa
Kebangsaan.

2. Tiga kategori yang diumumkan sebelum ini iaitu Filem Terbaik (Bukan Di Dalam
Bahasa Malaysia), Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) dan
Lakonlayar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) adalah dimansuhkan.

3. Calon-calon akhir bagi kategori yang dimansuhkan di atas secara automatik
dipertandingkan bersama calon-calon sedia ada di dalam kategori Filem Terbaik
FFM28, Pengarah Terbaik FFM28 dan Lakonlayar Terbaik FFM28.

4. Kategori-kategori lain di dalam FFM28 dalah kekal dan tidak berubah.

Semoga dengan perubahan ini memberi pencerahan dan menjana kepada kecemerlangan penganjuran Festival Filem Malaysia ke 28 pada tahun ini dan diraikan dengan penuh semangat seluruh warga industri.

FINAS dengan ini sedia memberi maklumbalas dari semasa ke semasa berkaitan perkembangan penganjuran FFM28.
Powered by Blogger.